Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juara bertahan Challenge Cup, PDRM FC dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana didapati bersalah menurunkan pemain digantung pada final pertama, 15 Februari lepas.

PDRM FC dikenakan hukuman menjelang final kedua Challenge Cup Esok

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Juara bertahan Challenge Cup, PDRM FC dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana didapati bersalah menurunkan pemain digantung pada final pertama, 15 Februari lepas.

Menurut kenyataan Malaysian Football League (MFL) malam ini, skuad Sang Saka Biru juga dilucutkan hak perlawanan dan dikira telah kalah perlawanan itu dengan keputusan 3-0.

Pada perlawanan tersebut jelas MFL, PDRM FC menurunkan Mohd Safiee Ahmad sebagai pemain gantian pada minit ke-58 yang sepatutnya menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning pada perlawanan Suku Akhir 1 menentang Melaka FC dan perlawanan Separuh Akhir 2 bertemu Kedah Darul Aman FC.

“PDRM FC didapati bersalah kerana melanggar Artikel 57 (berkenaan ketidaklayakkan) yang dibaca bersama Artikel 32 (berkenaan perlucutan hak) dalam Kod Tatatertib FAM apabila menurunkan pemain yang tidak berkelayakan pada perlawanan tersebut,” jelas MFL.

PDRM FC juga perlu membayar denda RM3,000.

“Pasukan itu juga diberikan amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu,” tambah MFL.

Pada final pertama, Selangor FC menewaskan PDRM FC 3-2, namun selepas keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM, Selangor FC diberikan kemenangan 3-0 ke atas PDRM FC bagi perlawanan tersebut.

Perlawanan kedua akan bermula pukul 9 malam esok di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya dengan agregat Selangor FC mendahului 3-0.

Pada 2023, PDRM FC menjulang piala berkenaan selepas menewaskan Kuching City FC. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan