Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak

ByBernama

NEW YORK, 21 Feb: New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape berperisa dan reka bentuk yang menarik minat kanak-kanak, lapor Xinhua memetik laporan media.

Peguam Negara Letitia James mengumumkan tuntutan mahkamah kepada orang tengah yang mengedarkan e-rokok berperisa buah-buahan dan gula-gula seperti Puff Bar dan Elf Bar kepada ratusan kedai serbaneka dan stesen minyak di seluruh negeri.

“Pendekatannya berbeza daripada tindakan undang-undang sebelum ini oleh New York dan negeri lain, yang menyasarkan pengeluar vape, seperti Juul Labs,” kata The Associated Press.

Juul, yang dipersalahkan secara meluas kerana mencetuskan trend vaping dalam kalangan remaja, telah membayar lebih US$1 bilion untuk menyelesaikan puluhan saman serta siasatan peringkat negeri dan tempatan terhadap amalan pemasaran awalnya, termasuk penganjuran parti pelancaran dan pemberian produk secara percuma. Syarikat itu menghentikan penjualan perisa seperti mangga dan pudina pada 2019 dan kini tidak lagi popular dalam kalangan remaja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan