Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
LCDA Sarawak cemerlang raih Anugerah Emas Inovasi Perkhidmatan Awam (PSIA) 2025 hari ini. Foto TVS

LCDA cemerlang raih anugerah emas di MTE 2025

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) Sarawak cemerlang apabila meraih Anugerah Emas Inovasi Perkhidmatan Awam (PSIA) pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2025 hari ini.

Selain itu LCDA turut cemerlang merangkul Anugerah Khas menerusi inovasi COMMAP: Platform digital pintar untuk perancangan penglibatan komuniti yang diiktiraf Dana Perlindungan Sosial Negeri Azerbaijan (SSPF).

Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden Persatuan Kreativiti dan Inovasi Malaysia (MACRI), Hussein Mohd Ariff.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusuf Apdal dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee.

Dalam pada itu, agensi lain di bawah Kerajaan Sarawak turut cemerlang meraih beberapa anugerah, antaranya Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak meraih tiga anugerah emas bagi kategori PSIA.

MTE 2025 yang berlangsung bermula 20 hingga 22 Februari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur merupakan pameran teknologi dan inovasi terkemuka di Malaysia yang menghimpunkan pencipta, penyelidik dan usahawan pelbagai bidang untuk mempamerkan ciptaan serta idea baharu.

Selain PSIA, MTE 2025 turut menampilkan pelbagai kategori lain seperti Anugerah Inovasi Belia Asia yang memberi penghormatan kepada inovasi luar biasa oleh golongan muda di rantau ini, serta Anugerah Inovasi Antarabangsa yang mengiktiraf penyelesaian inovatif dari pelbagai sektor di peringkat global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan