Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kilang karpet di Nilai 3 terbakar

ByBernama

SEREMBAN, 21 Feb: Sebuah kilang karpet di Nilai 3 di sini musnah seratus peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Komander Operasi Kanan JBPM Negeri Sembilan PgKB II Khir Amir Ahmad berkata pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 7.49 pagi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat. Bahan yang terbakar adalah karpet jadi ambil sedikit masa untuk memadamkan api selain asap tebal dan angin kuat.

“Ketika ini kami sedang kawal api daripada mereka dan kerja pemadaman masih dijalankan. Kebakaran melibatkan kawasan seluas 27.8 x 46.4 meter persegi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kilang karpet terbakar: JAS N.Sembilan pasang alat ukur kualiti udara

Beliau berkata operasi berkenaan melibatkan seorang pegawai kanan dan 28 anggota termasuk beberapa jentera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan