Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan AI Image

Gula-gula ‘gummy’ dilarang dijual di semua platform dalam talian, pasaran domestik – KKM

ByBernama

PUTRAJAYA, 21 Feb: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dilarang di semua platform dalam talian dan pasaran domestik

KKM dalam kenyataan memaklumkan siasatan mendapati produk berkenaan menyalahi keperluan pelabelan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985, Akta Makanan 1983 [Akta 281].

“Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, saiz atau bentuk sesuatu makanan tidak dikawal di bawah PPM 1985 Aktar 281 kecuali bagi ‘konfeksi jeli terkawal’ dengan saiz dan bentuk berdiameter kurang atau sama dengan 45 milimeter perlu dilabel dengan “AMARAN: BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK” dan perkataan “TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN”.

Tedahulu, media melaporkan Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, meninggal dunia kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal pada Selasa lepas.

Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth itu dipercayai membeli dua biji gula-gula terbabit sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada 2.30 petang.

Sementara itu, KKM meminta orang ramai khususnya ibu bapa supaya memantau dan menasihati anak-anak supaya berhati-hati dalam pemilihan makanan terutama mempunyai risiko tercekik, yang signifikan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

“Risiko ini meningkat apabila makanan tidak dikunyah dengan sempurna atau ditelan secara keseluruhan. Insiden tercekik lebih kerap berlaku dengan makanan yang keras, kenyal, kecil dan berbentuk bulat yang mudah tersekat di saluran pernafasan,” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan sebarang pengambilan apa-apa makanan oleh kanak-kanak perlu berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.

“KKM akan terus menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan serta mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” menurutnya kenyataan itu.

KKM turut menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga kanak-kanak malang itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan