Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kegiatan salah laku tiga pekerja wanita sebuah kedai emas di Sungai Buloh yang menukar emas tulen dengan emas palsu di premis berkenaan membawa padah apabila mereka diberkas polis.

Dua pekerja tukar emas asli dengan emas palsu dihadapkan ke mahkamah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Kegiatan salah laku tiga pekerja wanita sebuah kedai emas di Sungai Buloh yang menukar emas tulen dengan emas palsu di premis berkenaan membawa padah apabila mereka diberkas polis.

Pengarah Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan pada 5 Februari lalu yang dibuat oleh pengurus cawangan kedai itu.

Katanya pengadu berasa curiga selepas mendapati terdapat perbezaan terhadap 26 utas barangan kemas.

“Semakan mendapati kesemua barang kemas itu palsu. Hasil siasatan telah menemukan 26 keping surat surat pajak bernilai RM225,550 yang melibatkan barang kemas jenis emas 916 dengan anggaran berat 762.82 gram.

“Pekerja didapati bersubahat menukar barang emas asli dengan palsu dan kegiatan ini dipercayai dilakukan sejak Jun 2024 yang membabitkan nilai keseluruhan emas yang ditukar sebanyak RM293,700,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Katanya, kesemua suspek yang merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan umur 28 hingga 38 tahun ditahan pada 6 Februari lepas.

“Turut dirampas tiga telefon bimbit dan sejumlah barang kemas,” katanya.

Tambah beliau, dua individu yang terlibat telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan pada 10 Februari lepas dan sebutan semula kes pada April depan.

“Seorang lagi dijadikan saksi pendakwaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan