Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa kempen vaksinasi polio besar-besaran akan bermula di Gaza pada Sabtu ini, menyasarkan lebih 591,000 kanak-kanak berusia bawah 10 tahun. Foto fail AFP

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini

ByBernama

ISTANBUL, 20 Feb: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengumumkan bahawa kempen vaksinasi polio besar-besaran akan bermula di Gaza pada Sabtu ini, menyasarkan lebih 591,000 kanak-kanak berusia bawah 10 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini, 22 Februari, dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi hantaran di platform X.

Menurut beliau, kempen itu susulan pengesanan virus polio dalam sampel air sisa baru-baru ini, yang menunjukkan ia sedang beredar dalam persekitaran dan boleh mengancam kesihatan kanak-kanak.

“Kami mengalu-alukan gencatan senjata yang membolehkan kempen ini dijalankan. Kami terus menggesa gencatan senjata berkekalan yang membawa kepada keamanan jangka panjang,” katanya, sambil menegaskan sokongan WHO, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan rakan kerjasama lain.

Polio merupakan penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kebanyakannya menjejaskan kanak-kanak bawah lima tahun.

WHO dan rakan kerjasamanya terus berusaha mencegah penularan penyakit itu menerusi program vaksinasi di kawasan konflik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan