Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadillah hadir pada Majlis Konvokesyen Pertama University Through Life-Webb di Saloma Theatre Matic, Jalan Ampang, di sini, hari ini. Foto: Afiq Johari (TVS)

Wanita tulang belakang pembangunan negara – Fadillah

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan wanita sebagai tulang belakang pembangunan negara merangkumi pelbagai bidang iaitu ekonomi, keusahawanan, sosial dan politik

Menurut Timbalan Perdana Menteri, peranan berkenaan diperlihatkan menerusi penyertaan aktif golongan berkenaan dalam dunia pekerjaan dengan mengisi jawatan di pelbagai sektor, termasuk dalam bidang profesional dan keusahawanan.

Keberadaan mereka dalam sektor ekonomi, kata Fadillah telah membantu dalam menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara.

“Ramai wanita telah membuktikan kehebatan mereka dalam bidang keusahawanan, mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat sekeliling dan memajukan ekonomi tempatan serta global.

“Ini terutamanya dalam keadaan masa kini, iaitu perniagaan boleh dijalankan dari rumah, dengan adanya wadah digital.

“Ia memberi ruang dan pilihan kepada para usahawan wanita untuk menguruskan rumahtangga dan berniaga pada masa yang sama. Syabas ‘superwomen’ sekalian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Pertama University Through Life-Webb Di Saloma Theatre Matic, Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai majlis itu, Fadillah berkata, ia bukan sahaja bagi meraikan kejayaan para graduan, tetapi menyaksikan satu lagi pencapaian penting dalam usaha negara memperkasakan golongan wanita, terutama dalam bidang keusahawanan.

“Program Madani Women Empowerment ini merupakan satu inisiatif yang sangat penting bagi negara kita. Melalui program ini, kita dapat menyediakan peluang yang lebih luas kepada wanita untuk mencapai potensi penuh mereka.

“Adalah menjadi harapan saya semoga program seperti ini akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berjaya bukan sahaja di dalam negara, malah juga di luar negara,” ujarnya.

Pada majlis itu seramai 258 daripada 400 graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam Program WEBBB diraikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan