Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Donald Trump menyuarakan harapan agar gencatan senjata dapat dicapai di Ukraine. Foto AFP

Trump: “Kami berharap gencatan senjata dapat dilaksanakan segera” di Ukraine

ByBernama

WASHINGTON, 20 Feb: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan harapan agar gencatan senjata dapat dicapai di Ukraine, sambil menekankan keperluan dialog antara kedua-dua pihak bagi menamatkan perang yang berlarutan.

“Kami berharap gencatan senjata dapat dilaksanakan segera, dan dapat mewujudkan semula kestabilan di Eropah serta Timur Tengah,” lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik kenyataan Trump ketika berucap pada sidang kemuncak pelaburan asing di Miami.

Beliau membuat kenyataan itu ketika mengkritik Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, dengan menuduhnya gagal menguruskan perang dengan Rusia.

“Anda (Zelensky) tidak boleh menamatkan perang jika tidak berbincang dengan kedua-dua pihak. Anda perlu berunding. Mereka sudah tidak berbincang selama tiga tahun,” kata Trump.

Beliau turut mengulas laporan mengenai ketegangan antara Washington dan Kyiv susulan dakwaan Zelensky bahawa Trump dipengaruhi oleh “maklumat salah” daripada Rusia.

Selain itu, Trump memuji peranan Arab Saudi dalam menganjurkan rundingan antara AS dan Rusia, sambil menyebut Putera Mahkota Mohammed bin Salman kerana memudahkan apa yang disifatkannya sebagai “perbincangan bersejarah.”

“Rundingan itu berlangsung dengan baik. Ini satu langkah besar. Kita perlu menamatkan perang itu,” tambahnya.

Dilaporkan, mesyuarat di Arab Saudi itu diadakan bagi membincangkan usaha memperbaiki hubungan AS-Rusia, menyelesaikan konflik Ukraine, serta membuat persiapan bagi kemungkinan pertemuan antara Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan