Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni sebelum ini berkata, Loji H2 Rembus adalah langkah pertama ke arah pengangkutan bersih dan memainkan peranan penting dalam misi Net Zero 2050. Foto SEDC Energy

Sarawak mampu jadi pengeluar utama hidrogen

ByHaleyson Roland

KUCHING, 20 Feb: Sarawak berpotensi menjadi pengeluar utama hidrogen hijau di rantau ini berdasarkan sumber yang dimiliki.

Pensyarah Kanan (Pengurusan) Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Dr. Aila Abdul Latif berkata, sekarang ekonomi hidrogen mempunyai potensi besar sebagai tenaga bersih dan mampan terutama untuk masa depan.

Menurutnya, pembangunan loji hidrogen hijau Rembus Sarawak (Loji H2 Rembus merupakan salah satu inisiatif signifikan dalam usaha Sarawak menjadi pengeluar utama hidrogen.

“Kita sedia maklum Sarawak berpotensi menjadi pengeluar utama hidrogen hijau ini kerana kita memiliki sumber tenaga boleh diperbaharui yang begitu banyak dan kita melihat dasar kerajaan secara keseluruhannya juga semakin menyokong kepada pertumbuhan industri ini,” katanya.

Pembangunan Loji H2 Rembus di Samarahan dijangka siap dan beroperasi pada suku kedua 2026.

Loji H2 Rembus adalah sebahagian daripada Hab Hidrogen Rembus di Samarahan yang dibina khas untuk Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang membekalkan hidrogen untuk Transit Aliran Autonomi (ART) dan bas berkuasa hidrogen.

SEDC Energy (SEDCE) yang juga terlibat dalam pembinaan projek tersebut sedang giat membina stesen pelbagai bahan api (MFS) di bawah jenama Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

MFS pertama di rantau ini bukan sahaja mempunyai bahan api konvensional tetapi juga pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan pendispensan hidrogen akan ditempatkan di Sibu, Kanowit, Daro, Matu, Sungai Asap, Sri Aman, Miri dan Bintulu selain Darul Hana serta MJC Batu Kawa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SEDCE Robert Hardin komited dalam pelaksanaan projek Loji H2 Rembus berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional dan Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen.

Sebanyak 1,825 tan hidrogen disasarkan setiap tahun yang akan memainkan peranan penting dalam memajukan pengangkutan berasaskan hidrogen di rantau ini.

SEDCE yang bekerjasama dengan Sarawak Metro Sdn Bhd dan ICE Petroleum Group berupaya untuk membangunkan Loji H2 Rembus untuk menjadi hab terbesar di wilayah ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan