Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan untuk mengembalikan penerbangan terus antara Malaysia dan Bahrain sedang dibincang. Foto hiasan Envato

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang – PM Anwar

ByBernama

MANAMA (BAHRAIN), 20 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan untuk mengembalikan penerbangan terus antara Malaysia dan Bahrain sedang dibincang.

Beliau berkata perkara berkenaan antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya di sini.

“Potensi di sini ada, nanti kita (Malaysia) minta Gulf Air supaya ada penerbangan terus… memang Putera Mahkota sebut, minta kita beri perhatian supaya ada perhubungan pesawat lebih kerap.

“Sama ada MAS atau syarikat penerbangan lain, ini kita sedang perhatikan,” kata beliau dalam sesi soal jawab semasa pertemuan dengan diaspora Malaysia pada majlis makan malam.

Anwar tiba di sini awal pagi semalam bagi mengadakan lawatan rasmi pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke negara Teluk itu atas jemputan Putera Mahkota.

Sebanyak 297 rakyat Malaysia tinggal di Bahrain, termasuk tiga pelajar yang sedang melanjutkan pengajian tinggi.

Perdana Menteri berkata Putera Mahkota turut memberi bayangan bersetuju untuk melawat Kuala Lumpur pada Mei depan bagi Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China selepas beliau menyampaikan undangan pada kunjungan hormat itu.

“PM Bahrain (Putera Mahkota) beritahu saya kemungkinan besar akan ke KL (Kuala Lumpur) Mei ini untuk ASEAN-GCC, jadi GCC keseluruhannya itu merupakan kawasan penting untuk Malaysia dan ASEAN.

“Insya-Allah kita akan tingkatkan kerjasama dalam semua bidang, pendidikan, AI (kecerdasan buatan), pelancongan, ekonomi, pelaburan, kewangan, perbankan Islam, halal,“ kata Anwar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan