Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, pada Rabu merombak Kabinetnya dengan menggantikan seorang menteri dan tiga ketua institusi negara untuk meningkatkan prestasi kerajaan. Foto fail AFP

Presiden Indonesia rombak kabinet, lantik menteri dan ketua agensi baharu

ByBernama

JAKARTA, 20 Feb: Presiden Indonesia Prabowo Subianto, pada Rabu merombak Kabinetnya dengan menggantikan seorang menteri dan tiga ketua institusi negara untuk meningkatkan prestasi kerajaan, lapor Xinhua.

Brian Yuliarto dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, menggantikan Satryo Soemantri Brodjonegoro.

“Saya akan bekerja dan mengukuhkan sokongan terhadap program presiden. Kami mahu pelaksanaan inisiatif presiden dipercepatkan dan saya akan membantu,” kata Yuliarto selepas pelantikannya di Istana Presiden.

Selain itu, Yusuf Ateh dilantik sebagai Ketua Agensi Penyeliaan Kewangan Kewangan dan Pembangunan, Amelia Adininggar Widyasanti dilantik sebagai Ketua Agensi Pusat Statistik manakala Nugroho Sulistyo Budi memegang jawatan baharu sebagai Ketua Agensi Siber dan Kriptografi Negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan