Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 20 lembu dipercayai diseludup masuk dari Thailand di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, semalam. Foto Briged Tenggara PGA Rasmi (FB)

PGA rampas 20 lembu disyaki diseludup

ByBernama

KOTA BHARU, 20 Feb: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 20 lembu dipercayai diseludup masuk dari Thailand di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata kegiatan itu dikesan selepas anggotanya menahan sebuah lori jenis Hino ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan, kira-kira 4.45 petang.

“Pemeriksaan pada lori dipandu lelaki berusia 31 tahun itu menemukan 20 ekor lembu dianggar seberat 10,000 kilogram tanpa dokumen sah.

“Lelaki terbabit dipercayai menjadi penghantar haiwan itu ke pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keseluruhan rampasan dianggar berjumlah RM160,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan