Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta uji bakat Malaysia Championship of Performing Arts merakam kenangan bersama-sama di Star On Stage (SOS) Kuching, 8 Februari lalu.

Muzik sape ke ‘olimpikseni persembahan’

BySuara Sarawak

KUCHING, 20 Feb: Kejayaan empat pemain sape dari Sarawak melayakkan diri ke World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2025 di California, membuktikan industri muzik tradisional negeri ini terus mendapat pengiktirafan di peringkat global.

Empat ahli Persatuan Anak Seni Sape Kuching (Pusak) yang akan membawa cabaran Sarawak dan Malaysia ialah Baptista Emmanuell Korintus, 10, Mohd Ikhmal Hakim Nicolas Changing, 19 yang bertanding dalam kategori pemain instrumental individu, manakala Jane Thien Jing, 12, dan Shawn Thien Shuen, 15 membentuk kumpulan SJ Borneo.

Mereka layak selepas berjaya melepasi uji bakat Malaysia Championship of Performing Arts bagi bahagian Malaysia Timur yang berlangsung pada 8 Februari lalu di Star On Stage (SOS) Kuching.

Baptista, peserta termuda dalam pasukan, mendapat sokongan penuh daripada bapanya, Korintus Leban, yang menganggap pencapaian anaknya sebagai langkah penting dalam mengangkat muzik sape di peringkat global.

Sementara itu, Mohd Ikhmal, yang merupakan finalis Sape Junior RTM 2024 dan Duta Sape Yayasan Perpaduan Sarawak 2024, menyifatkan penyertaannya dalam WCOPA 2025 sebagai cabaran besar kerana akan bersaing dengan pemuzik dari 70 negara dalam lima kategori instrumental.

Jane dan Shawn dari SJ Borneo pula tidak asing dalam dunia seni persembahan, setelah membuat pelbagai penampilan termasuk di Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA), Kuching International Busking Festival (KIBF) 2024, serta meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Bakat Kenyalang dan Festival Gendang Sarawak 2024.

Walaupun kelayakan ke WCOPA 2025 adalah satu kejayaan besar, cabaran utama mereka kini ialah mendapatkan sokongan kewangan untuk menampung kos penyertaan dan perjalanan ke Amerika Syarikat.

Mereka bersama-sama empat vokalis yang turut layak, masih mencari penaja dan sumbangan bagi merealisasikan impian untuk mengharumkan nama Malaysia di kejohanan tahunan dunia yang digelar sebagai “olimpik seni persembahan”. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan