Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hannah bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Program Pembangunan Sukan Olimpik di Subang di sini hari ini. Foto, Amiruddin (TVS).

Lapan sukan terpilih terima dana RM20 juta untuk pembangunan bakat – Hannah

ByHafeezzur Muzamir

PETALING JAYA, 20 Feb: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima peruntukan tambahan berjumlah RM20 juta untuk pembangunan lapan sukan yang berpotensi di peringkat Olimpik.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kementeriannya telah berjaya memperoleh dana itu daripada Kementerian Kewangan (MOF) yang akan digunakan oleh persatuan-persatuan sukan terlibat untuk pembangunan bakat dan melahirkan atlet-atlet berprestasi tinggi.

Jelas Hannah sebelum ini ramai atlet muda negara layak ke Sukan Olimpik namun disebabkan kurang pendedahan, mereka tidak begitu yakin apabila beraksi di pentas sukan terbesar itu.

“Program Podium sahaja tidak mencukupi, saya risau kita (Malaysia) akan ketandusan atlet, jadi untuk mengatasi masalah itu, kita telah diberikan RM20 juta oleh MOF.

“RM20 juta ini adalah untuk tujuan pembangunan dalam mengenal pasti bakat-bakat di semua peringkat dan seterusnya dihantar menyertai kejohanan dan kemudiannya mereka ini akan diserap sebagai pelapis skuad kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Program Pembangunan Sukan Olimpik di Subang hari in i.

Mengulas lanjut, Hannah memberitahu bahawa pengagihan dana tersebut adalah berbeza dengan KBS menyalurkannya mengikut keperluan bagi setiap sukan.

Dalam pada itu, Hannah tidak menolak kemungkinan untuk meningkatkan jumlah dana dan perluasan kepada sukan-sukan lain pada masa depan, namun menegaskan pelaksanaan untuk lapan sukan pertama perlu dibuktikan kejayaannya terlebih dahulu.

“Kalau kita boleh buktikan dana seperti ini dapat membuahkan hasil, saya yakin sukan-sukan lain akan dimasukkan juga untuk menerimanya,” katanya.

Hannah menjelaskan, lapan sukan yang terpilih itu ialah terjun, renang, badminton, berbasikal, memanah, olahraga, skuasy dan taekwondo. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan