Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Kuching City bersemangat ketika sesi latihan. Foto Kuching City FC

Kuching City intai peluang curi mata di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

BySuara Sarawak

KUCHING, 20 Feb: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengakui, tugas mencabar menanti pemainnya apabila turun bersemuka dengan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam esok (Jumaat).

Meskipun tanpa kelibat tiga tonggak utama, Jimmy Raymond dan Rodney Celvin yang digantung satu perlawanan. Selain penyerang import, Jordan Mintah yang masih dibelenggu kecederaan.

Ia bukan alasan untuk mencetak misi beroleh sebarang mata pada perlawanan tersebut.

“Kita akan cuba untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan malam esok,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Jurulatih kelahiran Singapura itu berharap barisan kesebelasan utama yang dipertaruhkan pada perlawanan malam esok dapat menterjemah strategi yang diguna pakai sepanjang tempoh 90 minit.

“Saya percaya jika pemain dapat melaksana tugas dengan baik, peluang untuk kami mencipta kejutan tetap ada,” tambah Aidil.

Kuching City kini menghuni tangga keenam, menggumpul 23 mata hasil lima kemenangan, lapan seri selepas mengharungi 17 perlawanan.

Berbanding Terengganu FC yang menghuni tangga keempat dengan 27 mata selepas mengharungi 18 perlawanan setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan