Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan untuk pemeriksaan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli memaklumkan aktiviti pemanggilan semula ini penting untuk mengelakkan berlaku kemalangan pada kenderaan berkenaan.

Model kenderaan yang dipanggil semula adalah Honda Civic dan Honda CR-V iaitu sebanyak 36,678 unit, Kia Sorento XM (4,245), Man TGS (291), Ford Everest (288), Audi E-Tron GT (168) dan Mercedes-Benz serta Mercedes-AMG (18).

Turut dipanggil model Honda Civic dan Honda CR-V daripada tahun pengeluaran 2022 hingga 2024, Kia Sorento XM (2010-2015), Man TGS (2021-2023), Ford Everest (2022-2024), Audi E-Tron GT (2022-2023) dan Mercedes-Benz serta Mercedes-AMG (2017-2023).

“Setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan mereka.

“Oleh yang demikian, semua pemilik kenderaan model yang terlibat diminta untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aedy Fadly berkata mana-mana komponen yang terlibat dalam isu itu akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut proses pemanggilan semula itu, pemilik kenderaan boleh menghubungi atau mengunjungi mana-mana pusat jualan serta perkhidmatan yang berdekatan.

“JPJ akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk memastikan kesemua unit kenderaan yang terlibat akan menjalani pemeriksaan dan disahkan selamat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan