Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gergasi internet Amerika Syarikat (AS), Google, telah membayar €326 juta (US$340 juta) kepada Itali bagi menyelesaikan pertikaian cukai yang berlarutan selama beberapa tahun. Foto fail AFP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

ByBernama

MILAN, 20 Feb: Gergasi internet Amerika Syarikat (AS), Google, telah membayar €326 juta (US$340 juta) kepada Itali bagi menyelesaikan pertikaian cukai yang berlarutan selama beberapa tahun, menurut Pejabat Pendakwa Raya Milan pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Google mengesahkan penyelesaian luar mahkamah itu, dengan menyatakan bahawa ia dan pihak berkuasa kewangan Itali telah mencapai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Dalam masa yang sama, Pendakwa Raya Marcello Viola mengumumkan hasratnya untuk memohon penutupan kes terhadap anak syarikat Ireland, Google Ireland Limited, berkaitan dakwaan pengelakan cukai. Pertikaian itu melibatkan dakwaan syarikat AS itu cuba mengelak pembayaran cukai di Itali melalui Ireland. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan