Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof menjawab soalan berkaitan projek tebatan banjir di Dewan Rakyat di sini hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kerajaan tumpu keutamaan kawasan kritikal untuk projek tebatan banjir

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Kerajaan telah menilai semula cadangan projek tebatan banjir dengan tumpuan utama diberikan kepada kawasan-kawasan kritikal yang sering terdedah kepada bencana berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, proses pentadbiran dan peruntukan kontrak projek berkenaan akan disesuaikan serta mematuhi tatacara perolehan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

“(Ketika ini) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang meneliti pendekatan untuk menyegerakan projek dengan tempoh dan kos yang lebih efektif,” katanya.

Fadillah berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Alias Razak (Perikatan Nasional – Kuala Nerus) yang meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan perincian tindakan kementerian berhubung gesaan Perdana Menteri supaya projek berkaitan tebatan banjir disegerakan.

Beliau juga ingin tahu kos terkini yang perlu ditanggung oleh kerajaan memandangkan proses kelulusan projek ini pernah dibatalkan pada akhir 2022.

Pada masa sama Fadillah memaklumkan, antara cadangan yang diambil ialah semua urusan termasuk pengambilan tanah dan proses reka bentuk akan diteliti semula bagi mempercepatkan tempoh penyiapan projek.

“Dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dijangka projek dapat disegerakan sehingga 12 bulan lebih awal daripada tempoh asal penyiapan projek,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan