KUCHING, 19 Feb: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memuji inisiatif Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak dalam memartabatkan kepentingan umat islam di negeri ini khususnya dalam bidang pendidikan.
Menerusi kenyataan Astana Negeri Sarawak hari ini, Tun Dr Wan Junaidi menyifatkan HIKMAH juga turut memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam bidang-bidang lain yang seperti kebajikan dan pembangunan sosial.
“Saya penghargaan atas usaha gigih yang telah dan sedang dilakukan oleh HIKMAH dalam memperjuangkan kepentingan umat Islam di Sarawak, khususnya dalam bidang pendidikan, kebajikan, dan pembangunan sosial.
“Beliau turut berharap agar HIKMAH terus berkembang serta memainkan peranan yang lebih besar dalam menyatukan dan memperkasakan masyarakat Islam di wilayah ini,” kata beliau.
Tun Dr Wan Junaidi berkata demikian menerusi satu kenyataan selepas menerima kunjungan hormat daripada delegasi HIKMAH di Astana Negeri Sarawak, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menyeru agar HIKMAH terus berkembang serta memainkan peranan yang lebih besar dalam menyatukan dan memperkasakan masyarakat Islam di wilayah ini.
Terdahulu, Tun Dr Wan Junaidi menerima kunjungan hormat yang diketuai oleh Yang di-Pertua HIKMAH, Tan Sri Datuk Amar Dr. Abdul Aziz Dato Husain bagi memperkenalkan barisan kepimpinan baharu HIKMAH serta membincangkan peranan dan inisiatif organisasi dalam memperkukuhkan syiar islam di Sarawak.
Tun Dr Wan Junaidi dan Abdul Aziz turut bertukar pandangan mengenai usaha memperkasakan institusi Islam, memperluaskan program dakwah serta memperhebatkan kerjasama strategik bagi memastikan pembangunan ummah yang mampan dan inklusif di wilayah ini.
Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi turut meraikan delegasi HIKMAH hari ini.- TVS