Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Pengurusan Minyak Sawit, Teknologi dan Pameran (POMtec) 2025, di Miri.

Sarawak perkukuh sistem pengairan dan mekanisasi pertanian demi kelestarian sektor agro

ByZhahrulniza

MIRI, 19 FEB: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) berhasrat mewujudkan Jabatan Pengairan dan Saliran khusus untuk sektor pertanian yang dikenali sebagai DID Farm bagi memastikan sistem pengairan padi dapat dikendalikan dengan lebih berkesan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sistem pengairan dan perparitan (DID) memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian tanaman padi.

“Kita memerlukan jurutera yang benar-benar pakar dalam bidang ini bagi meneliti sistem pengairan dan perparitan yang sesuai untuk pertanian. Sekinchan dan Kedah telah berjaya melaksanakannya dan Sarawak juga berpotensi untuk berbuat demikian,” katanya semasa berucap di Majlis Penutupan Persidangan Pengurusan Minyak Sawit, Teknologi dan Pameran (POMtec) 2025 di sini hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga sedang meneroka penggunaan jentera penuaian prototaip bagi meningkatkan kecekapan proses penuaian dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

“Kami telah meninjau jentera dan tenaga kerja di Indonesia tetapi proses mendapatkan pekerja agak sukar kerana pelbagai sekatan dan birokrasi. Oleh itu, dengan adanya prototaip jentera baharu ini, kita boleh mengoptimumkan mekanisasi penuaian dan menjadikannya lebih efektif,” jelas beliau.

Menurut beliau, kemajuan sektor pertanian negeri bergantung kepada keupayaan untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan teknologi moden.

Beliau menambah, beberapa pihak seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) juga sedang giat memperkenalkan kaedah pertanian moden yang lebih cekap dan berdaya maju.

“Dengan usaha berterusan untuk memodenkan sektor pertanian, saya yakin kita akan melihat masa depan yang lebih cerah bukan hanya untuk industri pertanian tetapi juga bagi seluruh sektor agro di Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan