Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gandingan serba mantap itu mengecewakan wakil dari Melaka, Daniel Haiwal Safere dan Mohd Rasyidi Kamis dengan kemenangan 21-14, 21-18. Foto: Suara Sarawak

MAKSAK 2025: Beregu Abang Syazwan, Nikram langkah kanan

BySuara Sarawak

KUCHING, 19 Feb: Pasangan beregu dari Sarawak, Abang Syazwan Abang Ishak dan Nikram Shazran Sapari, memulakan cabaran dengan langkah kanan apabila mereka meraih kemenangan pertama peringkat Kumpulan C pada Kejohanan Badminton Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Kebangsaan 2025.

Gandingan serba mantap itu mengecewakan wakil dari Melaka, Daniel Haiwal Safere dan Mohd Rasyidi Kamis dengan kemenangan 21-14, 21-18.

Kemenangan ini sekali gus menjadi pencetus semangat buat pasangan beregu itu sebagai bekalan untuk menghadapi dua lagi perlawanan yang dijadual berlangsung esok (Khamis).

Aksi seimbang diperagakan oleh kedua-dua pasukan beregu berkenaan pada awal set pertama.

Sebaik berjaya melepasi pungutan mata ke-11 pada set pertama, Abang Syazwan dan Nikram terus mendominasi permainan untuk mengakhiri set tersebut dengan keputusan 21-14.

Aksi pada set kedua menyaksikan corak permainan sama dipamerkan oleh kedua-dua pasangan beregu terbabit.

Pungutan mata saling bertukar ganti, namun keputusan 21-18 akhirnya memihak kepada Abang Syazwan dan Nikram.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan