Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran di Rumah Radin Nyawai, Jalan Bukut, Selangau, semalam.

Lima pintu rumah panjang musnah dalam kebakaran di Jalan Bukut, Selangau

BySuara Sarawak

SELANGAU, 19 Feb: Lima pintu rumah panjang, yang sedang dalam pembinaan di Rumah Radin Nyawai di Jalan Bukut di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan tiga lagi pintu dalam kejadian yang berlaku lewat petang itu.

Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran di Rumah Radin Nyawai, Jalan Bukut, Selangau, semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 malam dan pasukan segera digerakkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, operasi disertai seramai 12 anggota bomba yang menggunakan jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda diketuai oleh PBK II Chuma Jadam.

“Pasukan bomba menggunakan dua saluran sepanjang 200 kaki dengan dua nozel dan satu lagi sepanjang 300 kaki, untuk memastikan api dapat dikawal segera, dengan menggunakan sumber air diperoleh dari pili bomba yang berdekatan.

“Api akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya, dan operasi tamat pada jam 10.30 malam,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian ini.

Punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan