Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa tempatan. Foto AFP/Jabatan Sumber Semula Jadi dan Alam Sekitar Tasmania

Lebih 150 false killer whale terdampar di pantai Australia

ByBernama

SYDNEY, 19 Feb: Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa tempatan.

Jabatan Sumber Semula Jadi dan Alam Sekitar Tasmania memaklumkan bahawa daripada 157 yang terdampar di kawasan barat laut pulau itu, 90 daripadanya masih hidup.

False killer whale atau nama saintifiknya pseudorca crassidens ialah spesies dalam keluarga ikan lumba-lumba (Delphinidae) yang boleh mencapai berat antara 500 kilogram hingga tiga tan serta panjang sehingga enam meter.

Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa tempatan. Foto AFP/Jabatan Sumber Semula Jadi dan Alam Sekitar Tasmania

Pegawai Perkhidmatan Taman dan Hidupan Liar Tasmania, Brendon Clark berkata bahawa ini merupakan insiden pertama membabitkan spesis ikan terbabit dalam tempoh kira-kira 50 tahun.

“Kebanyakan kejadian yang hampir serupa biasanya melibatkan ikan paus pandu (pilot whale).

“Ketika ini, kami masih belum mengetahui punca kejadian,” katanya.

Pasukan hidupan liar berada di lokasi bagi menilai keadaan haiwan serta kemungkinan usaha menyelamat.

“Bagaimanapun, penilaian awal menunjukkan usaha untuk mengapungkan semula ikan berkenaan berdepan kesukaran berikutan lokasi yang sukar diakses, keadaan lautan serta cabaran membawa peralatan khas ke kawasan terpencil ini,” jelas Clark.

Insiden terakhir ikan false killer whales terdampar secara besar-besaran di Tasmania berlaku pada Jun 1974, membabitkan antara 160 hingga 170 ekor, katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan