Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laporan patologi mengesahkan punca kematian tiga daripada empat pengunjung konsert Pinkfish pada 31 Disember lalu adalah disebabkan keracunan dadah peransang atau stimulant drugs intoxication. Foto hiasan Envato

Keracunan dadah peransang punca kematian tiga pengunjung konsert Pinkfish

ByAmirah Shawel

SHAH ALAM 19 Feb: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan patologi bagi seorang lagi mangsa masih belum diperolehi dan dalam tindakan pihak hospital.

“Seorang lagi mangsa masih berada di hospital dalam keadaan stabil tetapi memerlukan pemantauan rapi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Hussein berkata setakat ini seramai 53 orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih diteruskan dan akan dirujuk ke coroner setelah siasatan lengkap,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seramai empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya, pada ambang tahun baharu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan