Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif Prof Dr Ahmed El-Tayeb ketika Persidangan Dialog Intra-Islam di sebuah hotel, hari ini. Foto Bernama

Imam Besar Al-Azhar seru perpaduan dan kerjasama negara-negara Islam

ByBernama

MANAMA (Bahrain), 19 Feb: Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif, Dr Ahmed Al-Tayyeb menyeru negara-negara Islam untuk bersatu dan menangani cabaran semasa melalui persefahaman serta kerjasama erat.

Al-Tayyeb, yang juga Pengerusi Majlis Hukama Muslimin menekankan bahawa dunia Islam sedang berdepan krisis nyata, dengan umat Islam ditindas di pelbagai wilayah di seluruh dunia.

Beliau menegaskan bahawa satu-satunya cara untuk menangani cabaran ini adalah melalui perpaduan negara-negara Islam, tanpa mengira geografi atau fahaman politik.

“Kita mesti mengakui bahawa kita sedang menghadapi krisis yang nyata, dan umat Islam di serata dunia diganggu serta ditindas.

“Tidak kira di mana mereka berada, satu-satunya cara untuk menangani cabaran semasa adalah melalui perpaduan negara-negara Islam,” katanya ketika berucap pada Intra-Islamic Dialogue Conference (IIDC) di sini, pada Rabu.

Persidangan itu dianjurkan oleh Al-Azhar Al-Sharif, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Bahrain (SCIA) dan Majlis Hukama Muslimin.

Ia turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersempena lawatan rasmi pertamanya ke negara itu.

Anwar merupakan satu-satunya ketua kerajaan yang dijemput untuk menyampaikan ucapan pada persidangan berkenaan yang diadakan di bawah naungan Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa.

Dalam pada itu, Al-Tayyeb turut menegaskan keperluan merangka pelan tindakan kolektif yang bersifat menyeluruh demi memperbaiki keadaan dunia Islam tanpa mengecualikan mana-mana pihak.

Persidangan dua hari yang bermula Rabu itu menghimpunkan lebih 400 ulama, pemimpin agama, cendekiawan serta pakar dari seluruh dunia Islam di bawah tema “One Nation, One Shared Destiny”.

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan dialog yang membina, menyatukan perspektif tentang isu-isu utama yang dihadapi negara Islam serta meningkatkan persefahaman dan perpaduan merentasi pelbagai mazhab dan aliran pemikiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan