Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertumbuhan KNDK 2024 melebihi unjuran asal Belanjawan 2024 menunjukkan asas ekonomi negara kekal mampan.Foto, TVS.

Dewan Rakyat: Lebih 127,000 peluang pekerjaan swasta baharu diwujudkan tahun lepas

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Dewan Rakyat dimaklumkan sekitar 127,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor swasta berjaya diwujudkan pada tahun lepas, dipacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.1 peratus.

Mentor Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pencapaian yang melebihi unjuran asal Belanjawan 2024 itu menunjukkan asas ekonomi negara kekal mampan.

Kata beliau ini memberi keyakinan kepada kerajaan terhadap prospek pertumbuhan 2025 yang diunjur terus positif antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus walaupun dalam persekitaran global yang mencabar.

“Peningkatan KDNK ini bukan sekadar angka, tetapi membawa limpahan langsung kepada rakyat meliputi kenaikan gaji, peluang pekerjaan berkualiti, bantuan dan perlindungan sosial yang lebih baik serta pertumbuhan sektor perniagaan dan perdagangan.

“Kadar pengangguran berada pada paras rendah iaitu 3.2 peratus,” katanya ketika ucapan penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di sini hari ini.

Tambah beliau, pertumbuhan KDNK bermakna hasil kerajaan turut bertambah dengan limpahannya membolehkan agihan lebih besar kepada rakyat.

“Agihan ini diterjemahkan melalui komitmen kerajaan melaksanakan dasar dan strategi berani untuk kesejahteraan rakyat.

“Antaranya adalah penambahbaikan bantuan tunai, gaji bermaruah, perlindungan sosial serta pelaburan dalam infrastruktur asas seperti kesihatan, pendidikan, dan pengangkutan awam. Ini secara langsung telah membantu meringankan beban sara hidup rakyat,” katanya.

Lanjutan itu kata Amir Hamzah, kerajaan turut berupaya meningkatkan pendapatan rakyat menerusi pertumbuhan pendapatan yang menggalakkan.

Jelas beliau, berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja terkini iaitu bagi suku ketiga menunjukkan peningkatan median upah bulanan bagi sektor formal mencecah 5.6 peratus berbanding tahun lepas.

“Gaji Minimum ditingkatkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 rsebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025.

“Gaji Penjawat Awam ditambah baik melalui Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan peruntukan tambahan RM10 bilion ringgit dan pendapatan minimum penjawat awam kini berjumlah RM2,115 sebulan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan