Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dewan Rakyat: Kerajaan semak semula Akta SOSMA

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berlandaskan piawaian hak asasi manusia peringkat antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini semakan sedang dilaksanakan oleh jawatankuasa KDN bertujuan untuk menjaga hak individu.

Jelas beliau, semakan meliputi enam undang-undang di bawah bidang kuasa kementerian iaitu Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan Akta 747.

“Semakan oleh jawatankuasa lantikan kementerian ini termasuk mengenal pasti mana-mana peruntukan dalam undang-undang yang tidak selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

“Kita (KDN) mengkaji semula implikasi sama ada undang-undang itu perlu dimansuhkan atau dipinda dalam bahagian yang berkaitan,” katanya pada sesi penerangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin Nasution menambah, langkah penambahbaikan terhadap akta itu dibuat bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara pada masa sama memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius, kompleks dan berstruktur.

Sehubungan itu, beliau berkata, beberapa perbincangan telah dilakukan melibatkan Jabatan Peguam Negara, polis, Badan Peguam Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), pengamal undang-undang dan ahli akademik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan