Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hanifah Hajar menjawab pertanyaan berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: 12 SDG tunjuk trend positif – Hanifah Hajar

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Sebanyak 12 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dirangka kerajaan telah menunjukkan trend yang positif.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, antara yang menunjukkan pencapaian yang lebih baik ialah SDG 1, SDG 5 dan SDG 7 dengan masing-masing memperlihatkan peratusan yang memberangsangkan bagi setiap segmen.

Kata beliau SDG 1 yang melibatkan penurunan kemiskinan mutlak berada pada kadar 6.2 peratus.

“SDG 5 berkenaan kesaksamaan gender pula menyaksikan penguatkuasaan Akta Antigangguan Seksual 2022 dan pengoperasian Tribunal Anti Gangguan Seksual mulai Mac 2024.

“Manakala bagi SDG 7 iaitu tenaga mampu milik dan bersih memperlihatkan prestasi yang memberangsangkan berhubung akses kepada tenaga eletrik sebanyak 99.7 peratus dan penggunaan tenaga boleh baharu pada tahap yang tertinggi iaitu 19.7 peratus,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Tan Kok Wai (Pakatan Harapan- Cheras) yang ingin tahu sejauh mana pencapaian Malaysia dalam setiap satu dari 17 aspek Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) serta apakah cabaran yang menyekat untuk merealisasikan semua matlamat itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pencapaian baik daripada SDG 7 disumbangkan oleh usaha-usaha seperti pengeluaran tenaga boleh baharu hidro dan pembinaan ladang solar terapung terbesar di Malaysia oleh Sarawak.

Sementara itu beliau memaklumkan, berdasarkan analisis terkini menggunakan data 2022, sasaran pencapaian SDG negara pada 2030 diunjurkan pada kadar 43 peratus.

“Analisis seterusnya akan dilaksanakan pada 2026 menggunakan data 2025,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan