Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS

Cecah ratusan ribu ringgit, penduduk Tanjung Embang jangan tergesa-gesa jual tanah

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Feb: Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu di Tanjung Embang, Samarahan baru-baru ini menyaksikan nilai tanah kawasan berkenaan kini mencecah ratusan ribu ringgit berbanding sebidangnya dahulu hanya bernilai sekitar RM15,000.

Harga tanah yang dijangka meningkat itu, nasihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah agar penduduk setempat tidak terburu-buru menjual tanah mereka walaupun menerima ditawarkan harga tinggi.

Penduduk luar bandar disaran jangan jual tanah, prasarana rancak membangun | TVS

“Tanjung Embang ini saya lihat sebagai kawasan lingkaran batang. Cuma, prasarana seperti jambatan dan jalan raya masih belum ada untuk menghubungkannya.

“Sebab itu, dahulu tanah di situ dijual sekitar RM15,000, tetapi kini khabarnya harganya melonjak hingga ratusan ribu,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak hari ini.

Abdul Karim turut menjelaskan bahawa fenomena kenaikan nilai tanah di kawasan luar bandar bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia pernah berlaku di beberapa kawasan lain di Sarawak, termasuk Batang Lupar, Sebuyau, Samarahan, Batang Sadong dan Batu Kawah, apabila jambatan di kawasan-kawasan tersebut dibina.

Beliau berharap pemilik tanah luar bandar lebih bijak dalam membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan keuntungan jangka pendek, kerana tanah merupakan aset yang amat bernilai apabila sesuatu kawasan mengalami kemajuan pesat.

“Mereka yang berpandangan jauh akan segera membeli tanah terutama yang mempunyai geran. Inilah harapan kita, khususnya bagi penduduk luar bandar, agar dapat mempertahankan tanah mereka.

“Jangan terlalu teruja jika tanah dijual pada harga RM10,000 hingga RM20,000, lalu terus menjual apabila ada tawaran dua kali ganda. Apabila prasarana dibina, harga tanah berpotensi meningkat hingga 20 hingga 30 kali ganda,” dedah Abdul Karim.

Oleh itu, beliau menasihati para pemilik tanah agar tidak terlalu ghairah menjual tanah mereka demi keuntungan cepat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan