Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nor Hisham bercakap dalam sidang media selepas hadir Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 di sini, hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Bomba KL dalam fasa akhir daftar Majlis Keselamatan Bangunan Tinggi

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Kuala Lumpur dalam fasa akhir untuk mendaftar enam entiti di bawah Majlis Keselamatan Bangunan Tinggi bagi menilai kriteria berkaitan keselamatan kebakaran di bangunan tinggi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata keenam-enam entiti itu akan didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Jelasnya, enam entiti tersebut adalah Menara Merdeka 118, Menara Exchange 106, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Four Season Palace Kuala Lumpur dan Menara Telekom.

“Apabila telah didaftarkan kelak, JBPM akan guna platform ini untuk membolehkan kita laksana inisiatif (memastikan) bangunan-bangunan di negara ini memiliki kriteria khusus dan kritikal dalam pelepasan diri semasa kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata bangunan yang dikategorikan dalam inisiatif itu terdiri daripada 366 buah bangunan yang beroperasi di negara ini.

“293 buah bangunan adalah lebih 150 meter, 67 lebih 200 meter dan enam bangunan dikategorikan super tinggi iaitu lebih 300 meter,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata antara tumpuan yang akan diberi perhatian membabitkan kaedah pengendali bertauliah untuk lif kecemasan.

Jelasnya, sekumpulan besar pengendali lif sedia ada tidak diberi kuasa dan tanggungjawab yang membolehkan mereka mengoperasikan lif sewaktu kecemasan.

“Ilmu ini perlu kita terapkan pada pengendali lif terlatih dan apabila kita laksana kita harap Malaysia buat satu perubahan besar khususnya membolehkan pengungsian bangunan atau orang melepaskan diri daripada bangunan menggunakan lif kecemasan,” katanya.

Nor Hisham memaklumkan pada Disember lalu pihaknya telah menandatangani surat niat antara enam entity yang dikategorikan sebagai bangunan tinggi bagi penubuhan majlis tersebut. – TVS.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found