Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pandangan udara situasi banjir di Daerah Subis. Foto fail Zaim Zharfan (TVS)

136 projek tebatan banjir diluluskan dengan kos RM22.86 bilion – TPM Fadillah

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Sebanyak 136 projek tebatan banjir telah diluluskan dengan jumlah kos RM22.86 bilion di bawah Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, daripada jumlah tersebut, 35 projek kini berada di peringkat pra-pelaksanaan manakala 73 projek sedang dilaksanakan.

Beliau yang juga menteri di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan pendekatan secara struktur dan bukan struktur untuk meningkatkan sistem saliran dan infrastruktur negara.

“PETRA dengan sokongan JPS telah melaksanakan projek rancangan tebatan banjir, termasuk projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi (TBBT).

“Projek ini melibatkan pembinaan dan penaiktarafan pelbagai infrastruktur seperti ban, dinding banjir, struktur kawalan, rumah pam, pintu air, kolam takungan, serta kerja-kerja melebar dan mendalamkan sungai.

“PETRA turut melaksanakan pendekatan bukan struktur dengan menyediakan pelan induk tebatan banjir di seluruh negara secara berperingkat,” katanya ketika penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata usaha itu bertujuan menyediakan pelan tindakan dan penyelesaian banjir yang menyeluruh.

“Kajian-kajian yang dijalankan mengambil kira faktor-faktor perubahan iklim serta perubahan guna tanah sebelum cadangan pelaksanaan projek fizikal,” katanya.

Beliau turut memaklumkan setahun RP5 2025, sebanyak 50 pelan induk tebatan banjir telah disiapkan dan enam lagi pelan sedang dibangunkan dengan tiga pelan dirancang untuk dimulakan pada Jun depan.

“Selain itu, PETRA juga melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pengoperasian dan kecemasan luar jangka bagi memulihara struktur-struktur yang rosak akibat banjir dengan jumlah kos sebanyak RM540 juta,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan