Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun serta isteri turut serta menggaul Yee Sang yang merupakan tradisi masyarakat Cina yang membawa simbol kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran. Foto Salasiah Safian (TVS)

TYT Sarawak, isteri serikan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 18 Feb: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyerikan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran The Federation of Chinese Associations Miri Division di sini pada Isnin.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai persembahan seperti tarian singa, tarian kipas, tarian tradisional pelbagai kaum di Sarawak dan sebagainya.

Tun Dr Wan Junaidi serta isteri turut menyempurnakan acara menggaul Yee Sang yang merupakan tradisi masyarakat Cina yang membawa simbol kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran.

Turut hadir Presiden The Federation of Chinese Associations Miri Division Dato David Goh, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan ramai lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan