Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui media selepas menghadiri Persidangan Kejuruteraan dan Pembangunan Asia Pasifik ke-11 (ASPEC) 2025 di sini hari ini. Foto TVS

Sektor kejuruteraan perlu peka cabaran perubahan iklim – Alexander Nanta

ByYusuf Shukri

PUTRAJAYA, 18 Feb: Cabaran sektor pembangunan dan kejuruteraan masa kini perlu diatasi dengan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain itu industri berkenaan juga berdepan cabaran moden termasuk perubahan iklim serta kemajuan teknologi yang pesat.

Kata beliau ini seterusnya menuntut jurutera tempatan tampil dengan reka bentuk yang mampan yang selari dengan identiti dan nilai Malaysia.

“Oleh itu, saya berharap agar lebih banyak sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk terus memacu pembangunan negara.

“Kerjasama yang lebih utuh antara goIongan profesional, ahli akademik dan pemain industri bersama agensi kerajaan dan syarikat swasta perlu diperkukuhkan bagi membolehkan kita memupuk ekosistem industri yang lebih teguh dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Kejuruteraan dan Pembangunan Asia Pasifik ke-11 (ASPEC) 2025 di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Eddy Tonnizam Mohamad.

Sementara itu Alexander Nanta berharap agar idea dan pandangan yang dikongsi semasa persidangan berkenaan akan disusuli dengan penerapan boleh amalan yang terbaik untuk dipraktikkan dalam industri.

Bertemakan ‘Menghubungkan Inovasi dan Kemampanan untuk Masa Depan’, persidangan tersebut mengumpulkan penceramah dan pakar antarabangsa untuk membincangkan kemajuan dan amalan terbaik industri kejuruteraan dan pembangunan yang sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan