Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara babak pertarungan di Cabaran Muaythai Samarahan 2025 yang berlangsung di Kota Samarahan pada Jumaat lepas.

Petinju antarabangsa pamer dominasi di Cabaran Muaythai Samarahan 2025

BySaibi Gi

KOTA SAMARAHAN, 18 Feb: Cabaran Muaythai Samarahan 2025 melabuhkan tirainya pada Jumaat lepas menyaksikan dominasi petinju antarabangsa.

Perhatian tertumpu pada pertembungan Pro 68kg yang dimenangi oleh petinju mewakili kelab Red Wolves Iran, Bashir Masrazy, setelah menumbangkan lawannya, Asuad dari Redfire Muaythai Club Kedah.

Monji yang mewakili Kambiz Warrior Sudan turut cemerlang mengalahkan wakil Bara Emas Muaythai, Arashy Kiat Takoon dalam aksi Pro 63kg.

Peserta Thailand, Waye Ali turut menggamatkan gelanggang Medan Selera Nasi Abe, Kota Samarahan apabila berjaya mengatasi wakil Kelab Redwolves Selangor, Dr Shiba dalam aksi Pro 60kg.

Antara aksi pertarungan yang dipamerkan di Cabaran Muaythai Samarahan 2025.

Impian petinju Sarawak, Aman Koboi yang membawa bendera Glorious Fight Club untuk menang tidak kesampaian apabila akur tewas di tangan Piji Sempidan yang mewakili Kelab Muaythai Kenyalang.

Tidak kurang menariknya aksi Pro 58kg yang dimenangi petinju Kelab Muaythai Bara Emas Selangor, Adhem Kiat Takoon setelah menundukkan Muhammad Nur Aiman (Kelab Muaythai Kilas Petra Jaya).

Sementara aksi Pro 36kg memihak kepada Super Rizz (Kelab Muaythai Kenyalang) dengan menumbangkan Aqie Koboilek (Glorious Fight Club).

Turut berlangsung lapan pertarungan Semi Pro dan amatur melibatkan seramai 118 peserta.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sarawak Abu Amir serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak Khairul Nizam Morshidi.

Hadir sama, Timbalan Residen Bahagian Samarahan Rais Ahmat, Ketua Unit Sukan UiTM Cawangan Sarawak Mohd Fauzi Zainuddin, Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim dan Presiden Persatuan Muaythai Samarahan Azmanni Mohamed.

Ketika ditemui, Jumaat merakamkan penghargaan kepada semua pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, SSC, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), JBS Sarawak, Medan Selera Nasi Abe dan semua yang terlibat dalam menjayakan cabaran kali ini.

Selain berpuas hati dengan perjalanan penganjuran, Jumaat gembira kerana cabaran kali ini berjaya menarik penyertaan ramai peserta luar negara, membuktikan cabaran berprestij itu semakin dikenali peminat muaythai sejak ia mula diperkenalkan.

Selain perlawanan utama, Cabaran Muaythai Samarahan 2025 turut dimeriahkan dengan beberapa pengisian lain.

Antaranya Persembahan Seni Beladiri yang menampilkan Persatuan Kuntau Iban Sarawak (SIKAR), Seni Silat Banteng Betawi serta aksi dari pasukan seni mempertahankan diri West Borneo.

Hari pertama cabaran pada 14 Februari, diadakan sesi Mari Mencuba Muaythai dan kursus asas jurulatih.

Manakala malam terakhir pada 15 Februari, gelanggang Medan Selera Nasi Abe digamatkan dengan sorakan pengunjung menyaksikan pertarungan gusti melibatkan Azwan ‘Serigala’ menentang ‘The Betis Double K’ dalam pertembungan ‘Special Fight Wrestling’.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan