Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pesawat Delta Air Lines tergelincir dan terbalik ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson, Toronto, pada Isnin. Foto AFP

Pesawat Delta Air Lines terbalik ketika mendarat di Toronto, 15 cedera

ByBernama

TORONTO, 18 Feb: Sebuah pesawat Delta Air Lines tergelincir dan terbalik ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson, Toronto, pada Isnin, mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang cedera termasuk seorang kanak-kanak.

Menurut laporan United Press International (UPI) yang memetik Perkhidmatan Paramedik Wilayah Peel, tiga mangsa – seorang lelaki berusia 60-an, seorang wanita dalam lingkungan 40-an dan seorang kanak-kanak – berada dalam keadaan kritikal.

Seramai 12 lagi mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital berhampiran.

Dalam satu kenyataan di platform X, pihak lapangan terbang mengesahkan bahawa semua penumpang dan anak kapal telah dikenal pasti.

Insiden berlaku sekitar 3.30 petang waktu tempatan (EST) dalam keadaan bersalji, menurut pihak berkuasa lapangan terbang.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) memaklumkan bahawa kesemua 80 orang di dalam pesawat berjaya dipindahkan dengan selamat, lapor CBS News.

Siasatan berhubung kejadian akan diketuai oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada, dengan kerjasama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS (NTSB) dan FAA. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan