Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Dato Ir. Ts. Sudarnoto Osman (kanan), serta Pengarah Urusan KINTONE Southeast Asia Sdn Bhd, Tsubasa Nakazawa (kiri) sempena Seminar Transformasi Digital PKS di Hotel Waterfront Kuching, hari ini. Foto TVS

Perkasa PKS dengan inovasi, manfaatkan teknologi digital

ByVanessa Enjop

KUCHING, 18 Feb: Kerajaan Sarawak komited membangunkan memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negeri, khususnya melalui penyediaan infrastruktur digital dan sokongan teknologi yang lebih komprehensif.

Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, menjelaskan bahawa kemajuan ekonomi digital negeri tidak hanya bergantung pada sektor awam, tetapi turut memerlukan kerjasama erat dengan sektor swasta, terutamanya PKS.

Menurutnya, inisiatif utama seperti penubuhan Sarawak Multimedia Authority (SMA), Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), dan SDEC adalah langkah proaktif untuk mempercepatkan pengurusan dan penggunaan teknologi dalam semua lapisan masyarakat.

“Pada dasarnya, SMA bertanggungjawab merangka dasar ekosistem digital Sarawak, sementara SAINS mendigitalisasikan perkhidmatan kerajaan.

“Namun, dengan perkembangan pesat teknologi digital, peranan SDEC sebagai penggerak utama dalam memodenkan PKS adalah sangat penting,” katanya dalam seminar Transformasi Digital PKS, yang diadakan di Hotel Waterfront Kuching, hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan infrastruktur digital yang menyeluruh juga bertujuan memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi. Ini penting terutamanya dalam sektor pertanian yang menyumbang kepada ekonomi negeri.

“Melalui sambungan internet yang lebih baik, petani dan pengusaha di luar bandar dapat memanfaatkan e-dagang dan platform digital untuk meningkatkan hasil perniagaan mereka,” ujarnya.

SDEC, sejak ditubuhkan pada 2017, telah berusaha untuk memastikan teknologi terkini sampai ke setiap sudut Sarawak.

Dengan sasaran meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) negeri kepada RM282 bilion menjelang 2030, Sarawak kini memfokuskan perhatian kepada pelaburan dan inovasi dalam PKS untuk menyokong sasaran tersebut.

“Kerajaan komited untuk membantu PKS bukan hanya dengan memberi akses kepada pembiayaan tetapi juga menyediakan latihan dan pembangunan infrastruktur digital yang lebih kukuh,” jelasnya.

Seminar ini, yang dihadiri oleh lebih 150 peserta dari pelbagai industri, turut memberi platform untuk meneroka potensi besar dalam digitalisasi bagi meningkatkan kecekapan dan daya saing PKS.

Dengan penyertaan daripada pemain industri seperti pembinaan, pembuatan, kejuruteraan, serta sektor kerajaan dan GLC, seminar ini memberikan peluang untuk lebih banyak PKS menyertai transformasi ekonomi digital negeri.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Dato Ir. Ts. Sudarnoto Osman, Pengarah Urusan KINTONE Southeast Asia Sdn Bhd, Tsubasa Nakazawa, serta wakil dari Kedutaan Jepun, Shingo Hiraki.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan