Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad ketika menyampaikan amanat beliau pada Majlis Aspirasi Bersama Pengarah Hutan Sarawak Peringkat Zon Utara 2025. Foto Mohammad Fauzi Jaini (TVS)

Pelan Strategik JHS 2025 dikaji semula, fokus kelestarian dan transformasi digital

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 18 Feb: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) akan mengkaji semula Pelan Strategik 2025 bagi memastikan hala tuju Pelan Strategik JHS 2026-2030 selari dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, berkata kajian semula ini bertujuan untuk memperkukuh teras perkhidmatan JHS, termasuk penerokaan kepelbagaian ekonomi melalui inisiatif karbon hutan sebagai sumber pendapatan baharu, penggunaan teknologi digital bagi mempercepat transformasi industri serta pemerkasaan aspek sosial menerusi program pembangunan komuniti.

“JHS juga komited dalam memacu kelestarian alam sekitar termasuk sasaran penanaman 50 juta pokok menjelang 2025,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Aspirasi Bersama Pengarah Hutan Sarawak Peringkat Zon Utara 2025, di sini malam tadi.

Menurut beliau, Sarawak Delta Geopark sedang dalam fasa penting untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO menjelang 2026 dengan penilaian oleh pihak UNESCO dijangka berlangsung pada Julai tahun ini.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM5 juta untuk pembangunan Taman Orkid dengan beberapa aktiviti pengurusan projek telah dimulakan sejak tahun lalu.

Pada masa sama, beliau turut menyentuh potensi Kompleks Sabal sebagai pusat pelbagai guna yang boleh menarik pelancongan melalui aktiviti ekopelancongan.

“Kompleks ini bukan sahaja menempatkan pejabat dan kuarters kakitangan tetapi juga fasiliti penyelidikan serta aktiviti rekreasi seperti trek berbasikal, tempat perkhemahan, orienteering dan penggambaran,” jelasnya.

Dalam usaha meningkatkan kredibiliti industri perhutanan Sarawak di peringkat antarabangsa, JHS menyasarkan pensijilan tiga juta hektar kawasan Lesen Jangka Panjang pada tahun ini.

“Sehingga kini, 21 Unit Pengurusan Hutan (FMU) seluas 2.149 juta hektar dan lapan Unit Pengurusan Ladang Hutan (FPMU) seluas 122,800 hektar telah memperoleh pensijilan masing-masing,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa status pensijilan ini membuktikan pengurusan hutan di Sarawak memenuhi piawaian antarabangsa sekali gus membolehkan produk kayu dari negeri ini dipasarkan secara kompetitif di peringkat global.

Antara sasaran JHS tahun ini termasuk perolehan aset baharu seperti kenderaan dan peralatan berteknologi tinggi bagi mempertingkatkan kecekapan operasi.

JHS juga berhasrat mengekalkan Anugerah Emas Premier Sarawak dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) serta memperoleh pensijilan MS ISO bagi Sistem Pengurusan Kualiti.

Selain itu, JHS memasang impian untuk mencapai Kategori Platinum dalam Anugerah Integriti, Governans dan Anti-Rasuah (AIGA) 2025 selepas meraih Kategori Emas pada 2023.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan