Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pembinaan pekan baharu Sebauh akan dibangunkan dengan menerapkan elemen moden. Foto TVS

Pekan baharu Sebauh akan dilengkapi infrastruktur moden

BySteward Dawi

BINTULU, 18 Feb: Pekan baharu Sebauh akan dibangunkan menggunakan infrastruktur lebih moden dan sistematik, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Menurutnya, projek yang diluluskan oleh Kerajaan Sarawak itu merangkumi pelbagai pembinaan merangkumi hospital, premis perniagaan serta kawasan perumahan yang lebih tersusun bagi memastikan pembangunan yang lebih mampan.

“Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Sarawak kerana telah meluluskan (dua minggu yang lepas) pembinaan Sebauh New Township.

“Kita akan menggunakan khidmat konsultan untuk meneliti pembinaan projek hospital baharu dan premis perniagaan kerana kawasan itu lebih tinggi bagi mengelakkan masalah banjir sekiranya musim hujan lebat berlaku,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap di dalam Majlis Makan Malam Perpaduan Tahun Baharu Cina Sebauh 2025 di Sebauh dekat sini pada Isnin.

Jelas Dr Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, kewujudan pekan dan jambatan baharu yang hampir siap di kawasan itu akan mengubah landskap pembangunan di Sebauh secara holistik sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

Dalam perkembangan lain, beliau menyeru penduduk di Sebauh dan ketua masyarakat menyertai program gotong-royong membersihkan pekan tersebut pada 2 Mac ini sebelum menjelang Ramadan.

“Inisiatif tersebut bertujuan membersihkan kawasan sekitar pekan yang terjejas akibat musibah banjir yang telah baru-baru ini, serta menjadi medium merapatkan semangat perpaduan dalam komuniti,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan