Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara yang berlangsung di Hotel Riverside Majestic Puteri Wing ini dihadiri oleh 18 ejen pelancongan dari Singapura serta 25 wakil tempatan termasuk ejen pelancongan, pemilik produk pelancongan, dan pengusaha hotel. Foto Tourism Malaysia Sarawak (FB)

Meet-The-Experts: Sarawak – Singapura kukuhkan kerjasama program pelancongan

ByMarzella Sigai

KUCHING, 18 Feb: Tourism Malaysia, dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Business Events Sarawak (BESarawak), dan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS) mengadakan sesi perniagaan ke perniagaan (B2B) dan seminar bagi menghubungkan penggiat industri pelancongan tempatan dengan ejen pelancongan Singapura di bawah program ‘Meet-The-Experts’.

Menurut Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Rubiah Tul Adwiyah Md. Yusof, sejak pelancaran program ini di Johor Bahru serta sesi di Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, dan Kelantan, program tersebut telah menghasilkan 268 pakej pelancongan unik yang menonjolkan keunikan Malaysia.

“Kami berharap inisiatif ini dapat menghasilkan pakej pelancongan menarik untuk pelancong Singapura, lebih-lebih lagi dengan adanya 26 penerbangan mingguan antara Singapura dan Sarawak.

“Program ini juga menyokong pembangunan pengalaman pelancongan bertanggungjawab bagi menarik lebih ramai pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026),” katanya menerusi satu kenyataan, pada Selasa.

Acara yang berlangsung di Hotel Riverside Majestic Puteri Wing itu dihadiri oleh 18 ejen pelancongan dari Singapura serta 25 wakil tempatan termasuk ejen pelancongan, pemilik produk pelancongan, dan pengusaha hotel.

Sesi kali ini bertujuan untuk berkongsi pandangan, membina hubungan, dan merangka pakej pelancongan menarik.

Jelas Rubiah, beliau turut menekankan kepentingan kerjasama serta inovasi dalam mempromosikan Sarawak sebagai destinasi utama pelancongan.

“Selain sesi B2B, peserta turut menyertai lawatan suai kenal (FAM Trip) selama empat hari tiga malam ke Sibu bagi merasai sendiri keunikan warisan budaya Sarawak, termasuk meneroka Hutan Hujan Borneo, menyusuri Sungai Rajang, serta merasai pengalaman budaya Iban dan Jejak Warisan Melanau,” ujarnya lagi.

Singapura kekal sebagai penyumbang utama dalam sektor pelancongan Malaysia, dengan merekodkan jumlah pelancong tertinggi dalam kalangan pasaran ASEAN, menyumbang kepada 18.9 juta pelawat dari Januari hingga Disember 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan