Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bercakap dalam sidang media selepas hadir Persidangan ASPEC 2025 di Putrajaya hari ini. Foto, Amirudin (TVS).

KKR miliki pasukan audit forensik kontrak selenggara jalan

ByYusuf Shukri

PUTRAJAYA, 18 Feb: Penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak diperlukan dalam audit forensik buat masa ini membabitkan kontrak penyelengaraan jalan di Kementerian Kerja Raya (KKR).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini kerana KKR mempunyai program sendiri untuk menjalankan usaha tersebut.

“Tanpa mana-mana pihak lain pun, kita sudah ada prosedur operasi standard (SOP) sendiri dalam menyelenggara projek untuk memastikan kualiti kerja yang dijalankan dalam keadaan baik.

“Kita mengalu-alukan cadangan yang mahu melihat integriti dipertingkatkan tetapi jika kita melibatkan agensi (lain seperti SPRM), mungkin akan memakan perbelanjaan yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Kejuruteraan dan Pembangunan Asia Pasifik (ASPEC) 2025, di sini, hari ini.

Baru – baru ini Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda (Bebas) memohon KKR untuk membuat audit forensik terhadap kontrak penyelenggaraan jalan susulan kegagalan projek penyelenggaraaan jalan persekutuan di seluruh Sabah.

Sementara itu Alexander Nanta mengingatkan kontraktor yang gagal dalam melaksanakan projek-projek yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka, akan diambil tindakan tegas.

“Memang kita ambil tindakan lebih-lebih lagi jika kita ada bukti yang mereka didapati bersalah,” ujarnya.

Berkenaan aspek integriti dalam KKR, Alexander Nanta menjelaskan SPRM turut terlibat, sama seperti peranan suruhanjaya itu dalam memastikan integriti dalam agensi kerajaan lain.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan