Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah lima sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran di Umbai telah tiba di Masjid Baitulrahman, Kampung Berangan Enam, Melaka. Foto media sosial

Jenazah lima beranak rentung dikebumi dalam satu liang lahad

ByBernama

JASIN, 17 Feb: Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah lima beranak yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada Khamis lepas.

Jenazah Laila Fathinah Mustapa, 37, yang hamil lima bulan dan empat anaknya Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13, Izz Daffa Hafizuddin, 7, Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Haji Johari Bakar pada 10.45 malam di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 penduduk kampung hadir pada pengebumian itu.

Bapa kepada empat kanak-kanak malang itu, Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35, dilihat dipapah oleh dua penduduk kampung ketika tiba di tanah perkuburan berkenaan.

Terdahulu, kenderaan yang membawa jenazah lima sekeluarga itu tiba di Masjid Baitulrahman Kampung Berangan Enam dari Hospital Jasin kira-kira 8 malam dan solat jenazah diimamkan Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Abdul Halim turut membacakan talkin selepas jenazah dikebumikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan