Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang tampil dalam Bless Talk anjuran MARA di sini hari ini. Foto MARA.

Ekosistem keusahawanan MARA bantu anjak usahawan pico, nano ke tahap mikro

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Ekosistem keusahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kondusif berperanan penting dalam memperkasa usahawan kategori pico dan nano untuk beralih ke tahap mikro.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata, pangkalan data kementerian menunjukkan sebanyak 55 peratus daripada 55,000 usahawan aktif merupakan kategori PICO.

Sehubungan itu beliau menggesa usahawan-usahawan terlibat supaya merebut peluang insiatif digitalisasi oleh MARA bagi meningkatkan daya saing perniagaan mereka.

“Saya berpuas hati dengan usaha-usaha membentuk usahawan namun saya rasa banyak lagi ruang yang perlu dipertingkat.

“Kalau (usahawan) piko dan nano kita naik taraf menjadi mikro, ini satu kejayaan (buat kementerian),” katanya dalam satu sesi temu bual, Bless Talk dianjurkan MARA hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Ismasuhaimi Shariff.

Sementara itu Rubiah turut menekankan cabaran dihadapi usahawan di Sabah dan Sarawak terutama membabitkan kebolehcapaian latihan serta pembangunan kemahiran.

“Justeru KKDW bersama agensi di bawah kementerian termasuk MARA akan terus memperkukuh sistem sokongan keusahawanan bagi memastikan program yang dilaksanakan memberi impak serta membuka peluang kepada usahawan untuk menembusi pasaran antarabangsa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan