Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di Serian, hari ini. Foto TVS

Ekonomi Sarawak terus kukuh, terima pengiktirafan Bank Dunia

ByXiaoyuann

SERIAN, 18 Feb: Walaupun berdepan cabaran global, ekonomi Sarawak terus berkembang dengan pendekatan inovatif dalam pengurusan ekonomi, malah mendapat pengiktirafan penarafan A daripada Bank Dunia.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Haji Openg, meskipun kadar inflasi memberi kesan kepada kuasa beli rakyat, kerajaan Sarawak berjaya mengekalkan kestabilan ekonomi melalui strategi pengurusan yang baik serta bantuan terus kepada golongan sasaran.

“Apabila ekonomi kukuh, kita boleh salurkan bantuan kepada rakyat dan memastikan keperluan asas mencukupi. Yang penting, kita tidak boleh sombong apabila sudah kukuh, tetapi terus bekerja untuk kemajuan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Peringkat Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, dengan pendekatan ini, Sarawak membuktikan dirinya sebagai wilayah yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi global.

Dalam pada itu, SKAS yang diumumkan Abang Johari pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada November 2024, akan membantu perbelanjaan 886,288 orang penerima.

Jabatan Premier Sarawak dalam kenyataan memaklumkan bantuan adalah RM800 bagi isi rumah, RM250 bagi individu bujang dan RM400 bagi warga emas tanpa pasangan.

Sehingga 18 Februari 2025, seramai 564,099 atau 63.6 peratus penerima SKAS telah mendaftar S Pay Global, membuktikan keberkesanan dalam mendigitalisasikan transaksi harian.

“Sumbangan ini bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup dan disalurkan melalui e-dompet S Pay Global untuk pembelian barangan makanan asas,” kata kenyataan itu.

Jentera Kerajaan Sarawak telah melaksanakan sesi libat urus bermula 18 Januari hingga 9 Mac 2025 di 98 lokasi seluruh Sarawak bagi membantu penerima SKAS mendaftar dengan S Pay Global agar mereka bersedia menerima SKAS melalui telefon bimbit masing-masing.

Bagi penerima SKAS yang belum mendaftar, mereka digalakkan untuk segera mendaftar bagi membolehkan mereka menerima sumbangan ini.

Bagi rakyat yang layak tetapi tidak tersenarai menerima SKAS, mereka boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman http://sarawak.gov.my/skas atau di Pejabat Daerah berdekatan bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2025.

Setakat ini, Kerajaan Sarawak telah menerima 35,416 permohonan baharu. Keputusan bagi permohonan baharu ini akan diketahui bermula Julai 2025.

Dengan pelancaran SKAS pada hari ini, maka bantuan akan mula disalurkan ke akaun S Pay Global penerima secara berperingkat bermula 18 Februari 2025.

“Terdapat lebih 1,200 peniaga di seluruh Sarawak yang telah didaftar sebagai peniaga SKAS. Oleh itu, penerima SKAS boleh berbelanja di peniaga SKAS di seluruh Sarawak,” kata kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan