Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejumlah RM80 juta diperuntukkan kerajaan bagi pelaksanaan bantuan geran padanan melalui Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) serta Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) di bawah SME Corp tahun ini. Foto hiasan Envato

Dewan Rakyat: Skim BAP, BEEP diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM80 juta

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Sejumlah RM80 juta diperuntukkan kerajaan bagi pelaksanaan bantuan geran padanan melalui Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) serta Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) di bawah SME Corp tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berkata, ia melibatkan pecahan peruntukan berjumlah RM55 juta bagi BAP manakala bagi BEEP pula adalah RM30 juta.

“Peruntukan bagi BAP itu adalah dengan menyediakan pembiayaan secara hibrid dalam bentuk geran dan pinjaman mudah dengan nisbah 40:60, iaitu 40 peratus geran dan 60 peratus pinjaman mudah.

“Bagi program BEEP pula melibatkan peruntukan dalam bentuk geran padanan dan pinjaman melalui penyedia pembiaya yang dilantik,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Prabakaran Parameswaran (Pakatan Harapan – Batu) yang ingin tahu sama ada KUSKOP menyediakan geran kepada usahawan tempatan untuk mengadaptasi teknologi digital dalam perniagaan mereka.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, pada tahun lepas seramai 448 usahawan telah terlibat dan mendapat bantuan menerusi dua skim itu melibatkan peruntukan sebanyak RM60.35 juta.

Ramanan menambah, KUSKOP terus komited dalam memperkasakan usahawan dalam penggunaan platform digital dengan pelbagai pelaksanaan program antaranya seperti Program Pembudayaan dan Pemerkasaan Keusahawanan Penjaja dan Peniaga Kecil (EmpowerPPK). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan