Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Shafizan mengambil bahagian dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat: PETRONAS disaran jalin kerjasama erat dengan PETROS

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional (PETRONAS) disaran supaya lebih bersedia untuk bekerjasama erat dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli berkata, ini kerana walaupun PETRONAS telah banyak menyumbang dalam pembangunan industri minyak dan gas, namun sumber kekayaannya merupakan hasil gali minyak dan gas di wilayah berkenaan.

Beliau menambah Sarawak menyumbang hampir 61 peratus daripada hasil gas negara yang dianggarkan bernilai RM20 billion setahun.

“(Namun hakikatnya) Sarawak masih memerlukan pembangunan yang lebih signifikan.

“Walaupun Sarawak telah banyak memberi sumbangan besar kepada negara melalui hasil petroleum dan gas, sebenarnya Bumi Kenyalang masih dahagakan pembangunan yang setimpal,” katanya ketika Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Mohamad Shafizan menambah, sudah tiba masanya bagi Sarawak melalui PETROS untuk memanfaatkan sepenuhnya sumber minyak dan gas yang dimiliki.

“Ini bagi menjana pendapatan sendiri demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau menambah Kerajaan Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak akan mensia-siakan perjuangan pemimpin terdahulu dan akan terus memikul amanah rakyat Sarawak.

“Prinsip Utamakan Sarawak akan terus menjadi pegangan dalam usaha memastikan kepentingan wilayah itu terjaga dengan baik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan