Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan seramai 8,076 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menduduki semua kertas bertulis berdasarkan data sehingga 6 Februari lepas. Foto fail Bernama

Dewan Rakyat: Lebih 8,000 calon SPM tidak hadir, KPM laksana langkah awal

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Rakyat dimaklumkan seramai 8,076 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menduduki semua kertas bertulis berdasarkan data sehingga 6 Februari lepas.

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding seramai 10,160 calon bagi SPM 2023.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, daripada jumlah tersebut seramai 6,231 orang merupakan calon sekolah kerajaan.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai langkah intervensi, inisiatif dan usaha berterusan (menyumbang kepada) penurunan jumlah ketidakhadiran calon SPM 2024,” katanya di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Zakri Hassan (Perikatan Nasional – Kangar) yang ingin tahu sama ada KPM serius dalam menangani isu ketidakhadiran calon peperiksaan SPM.

Sementara itu, Kah Woh menambah, bagi menangani isu ketidakhadiran calon menduduki SPM, KPM akan menambah baik inisiatif bagi memastikan kehadiran calon akan terus meningkat.

“Justeru KPM telah melaksanakan pengesanan awal murid berisiko cicir dalam kalangan murid Tingkatan 4 bagi memastikan mereka akan hadir menduduki peperiksaan SPM 2025.

“Pengesanan awal ini juga membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi. Program SPM 2025 akan diteruskan dengan memberi fokus kepada murid yang berisiko cicir bagi meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran wajib lulus SPM, iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan