Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat Jeju Air yang terlibat dalam nahas maut bulan lalu. Foto AFP

CEO Jeju Air disoal siasat polis berhubung nahas pesawat

ByBernama

SEOUL, 18Feb: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeju Air Co., Kim E-bae, menjalani soal siasat polis berhubung nahas maut jet penumpang syarikat itu pada Disember, yang meragut 179 nyawa, kata pegawai pada Isnin.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Polis Wilayah Jeonnam baru-baru ini menyoal siasat Kim sebagai saksi berhubung nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di daerah barat daya Muan pada 29 Dis. Daripada jumlah keseluruhan 181 orang di dalam pesawat, hanya dua yang terselamat.

Polis dikatakan telah menumpukan soal siasat mereka kepada operasi dan pengurusan keselamatan pesawat yang terlibat dalam nahas itu, dengan Kim dilaporkan menyatakan tiada isu mengenai keselamatan, penyelenggaraan dan operasi jet itu.

Polis telah memanggil beberapa pegawai daripada syarikat penerbangan bajet itu, lapangan terbang, kementerian pengangkutan, dan agensi berkaitan untuk menyiasat punca sebenar kemalangan tersebut.

Penyiasat kini menumpukan penyiasatan mereka pada localiser lapangan terbang, alat navigasi yang bertembung dengan pesawat semasa nahas.

Jet Boeing 737-800 dari Bangkok itu terbakar selepas merempuh struktur yang membantu navigasi pesawat ketika ia melepasi landasan semasa mendarat menggunakan bahagian bawah badan pesawat di lapangan terbang itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan