Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gangguan bekalan LPG PETROS di Miri dijangka pulih dalam beberapa hari lagi.

Bekalan LPG di Miri dijangka kembali normal beberapa hari lagi – PETROS

ByAkma Salleh

KUCHING, 18 Feb: Depoh penyimpanan tambahan gas petroleum cecair (LPG) sedang dibangunkan di Bintulu dan Miri bagi mempercepatkan proses penghantaran dan meningkatkan kecekapan pengagihan bekalan.

Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) memaklumkan kemudahan baharu ini akan membantu mengurangkan kekangan logistik dan menyokong penghantaran bekalan yang lebih pantas.

Sehubungan itu, keadaan di Miri dijangka kembali normal dalam beberapa hari.

“Lebih banyak depoh penyimpanan sementara akan dikenal pasti bagi memastikan pengedaran LPG lancar sepanjang Februari ini,” kata PETROS dalam kenyataan, hari ini.

Dengan kira-kira 1.8 juta silinder LPG beredar di pasaran, bekalan adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan seluruh Sarawak, kata kenyataan itu lagi.

Situasi ini adalah susulan tanah runtuh baru-baru ini akibat cuaca buruk telah menyebabkan operasi di Loji Pembotolan LPG PUSAKA Integrated Resources Sdn Bhd di Bintulu terhenti.

Bagi memastikan bekalan mencukupi, PETROSNiaga telah mengalihkan bekalan silinder LPG ke Kuching dan Teluk Sepanggar di Sabah.

Terminal Minyak Bebas Senari (IOT) di Kuching telah meningkatkan kapasiti pengisian semula bagi memastikan bekalan mencukupi.

“Bagaimanapun, beberapa kawasan seperti Miri dan utara Sarawak mengalami pemulihan bekalan yang lebih perlahan disebabkan jarak pengangkutan yang lebih jauh serta bilangan lori yang sesuai yang terhad,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan