Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran AFFIN Bank di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Isnin.

Abang Johari gesa Affin Bank tubuh pejabat serantau, percepat pinjaman PKS

BySheera Abg Mansor

Kuching, 18 Februari: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyarankan Affin Bank untuk segera menubuhkan pejabat serantau di Sarawak bagi mempercepat kelulusan pinjaman, khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut beliau, ia sekali gus akan mengurangkan kebergantungan kepada ibu pejabat di Kuala Lumpur.

“Kita mahu pengurus Affin di Sarawak diberikan kuasa untuk meluluskan pinjaman, tanpa perlu menunggu kelulusan dari Kuala Lumpur sahaja.

Kita mempunyai pegangan majoriti dalam bank ini. Saya berharap pihak pengurusan Affin akan meneliti perkara ini.

Apabila terdapat tahap kelulusan tertentu dengan jumlah dan had tertentu, maka proses kelulusan akan menjadi lebih pantas dan PKS akan mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran AFFIN Bank di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Isnin.

 


Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad (dari kiri) semasa merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, pada Isnin.

Selain itu, Abang Johari turut menggesa bank komersial Kumpulan AFFIN itu untuk menyediakan pembiayaan bagi rakyat yang ingin memiliki rumah kedua di Sarawak.

“Biayalah mereka yang ingin membeli rumah, bukan (rakyat) di London, tetapi di Kuching. Berikan kemudahan pembiayaan kepada mereka.

Pembeli dari Indonesia, termasuk pelajar yang sedang belajar di Swinburne atau Curtin, mungkin mahu memiliki rumah kedua di sini. Jadi, biayalah mereka. Dengan itu, pemaju hartanah juga akan mendapat manfaat,” ujarnya lanjut.

Usaha itu, ujar beliau, adalah sebahagian daripada strategi mikroekonomi negeri ini.

Sehubungan dengan itu, beliau yakin bahawa dengan kestabilan politik di Sarawak dan dasar mesra perniagaan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri akan terus menarik pelaburan, merancakkan aktiviti ekonomi, serta menguntungkan semua pihak termasuk institusi perbankan seperti Affin Bank. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan